Tuesday 14 June 2011

Selamat Datang ke Blog KPI Sains Sosial UPM

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Selamat datang ke blog KPI Sains Sosial UPM. Tujuan blog ini diwujudkan adalah seperti berikut:
  • Memberi penjelasan tentang cadangan penambahbaikan KPI (penerbitan) untuk kakitangan akademik bidang sains sosial di UPM.
  • Mendapatkan maklumbalas daripada warga UPM tentang alternatif KPI untuk bidang sains sosial yang telah diputuskan oleh wakil-wakil PTJ bidang sains sosial.
Kami mengalu-alukan semua cadangan dan pandangan dari semua dan diharap blog ini dapat merealisasikan KPI yang adil dan mencerminkan budaya penyelidikan dan penerbitan bidang sains sosial.

Sekian, terima kasih.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Monday 14 June 2010

Pengenalan


Petunjuk Prestasi Utama (atau Key Performance Indicator, KPI) diterimapakai oleh KPT untuk mengukur prestasi akademik institusi pengajian awam (IPTA) di Malaysia. Baru-baru ini pihak UPM sedang mempertimbangkan KPI yang baru untuk dilaksanakan oleh semua pegawai akademik di UPM.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) telah meneliti implikasi KPI yang baru tersebut ke atas Kuantiti dan Kualiti Penyelidikan bagi penerbitan disiplin sains sosial* dan mendapati bahawa KPI yang telah ditetapkan adalah tidak setara, kerana disiplin sain sosial yang memiliki “budaya penerbitan”,  “budaya citation” dan medium komunikasi yang berbeza dengan disiplin sains. Penelitian ini adalah selari dengan penemuan beberapa penyelidikan antarabangsa** yang rata-rata merumuskan bahawa satu petunjuk untuk semua disiplin adalah tidak wajar kerana setiap disiplin memiliki ciri tersendiri. 


*Kusairi Mohd Noh and Fatimah Mohamed Arshad (2008). “Some Reflections on the Key Performance Indicators”, working paper presented at the workshop on “Semakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pegawai Akademik)”  organized by Universiti Putra Malaysia, Seremban, 10-12 December, 2008.
**Sebagai contoh rujuk Jennings, John D. (1997) Faculty Productivity: A Contemporary Analysis of Faculty Perspectives. Unpublished Dissertation, Stanford University dan Science-Metrix (2004). The Use of Bibliometric in Social Science and Humanities [http://www.science-metrix.com/pdf/SM_2004_008_SSHRC_Bibliometrics_Social_Science.pdf] [diakses 10 Disemebr 2008].

Isu


Prestasi IPTA perlu dinilai dari masa kesemasa untuk memastikan pertanggungjawapan, produktiviti dan kualiti. Untuk tujuan ini, KPI telah dibina sebagai pengukur/petunjuk kepada fungsi asas seperti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Petunjuk adalah “nilai numerik yang digunakan untuk mengukur sesuatu yang sukar dikira”(1). KPI yang dibina adalah petunjuk prestasi (performance indicator), iaitu merupakan titik rujukan dan kayu ukur perbandingan. Maka ia adalah angka relatif dan bukan mutlak dan melibatkan “value judgment”.

Penggunan KPI ke atas universiti menerima kritikan dari segi ketepatan ukuran, terutama dari segi apa yang diukur berbanding apa yang sebenar yang patut diukur dan juga “subkjetiviti” yang terlibat dalam ukuran tersebut. Ini menjadikan penggunaan satu sistem penilaian untuk semua disiplin adalah tidak setara. Maka, sistem itu perlu fleksibel mengambil kira ciri dan situasi sesuatu fakulti atau disiplin (2).

Untuk penerbitan, kaedah bibliometrik yang berlandaskan data bibliografik telah digunakan seperti bilangan artikel dan bilangan “citation” untuk mengira faktor impak. Mengikut beberapa penulis, tidak semua petunjuk bibliometrik boleh digunakan untuk keseluruhan. Ini kerana petunjuk bibliometrik adalah “arbitrary”, tiada kaitan dengan teori sesuatu penulisan dan kadangkala sangat spesifik (3). Kedua, pangkalan data penerbitan tidak merangkumi semua jurnal, dan tidak termasuk buku, kertas polisi, laporan dll. Ketiga, “citation” ini hanya merujuk kepada jangka waktu 5 tahun sahaja. Kelemahan ini menjadikan penggunaaan bibliometrik untuk sains sosial memerlukan pengubahsuaian mengikut tuntutan sesuatu disiplin (4).
    
Pelaksanaan KPI untuk penerbitan sains sosial memerlukan penambahbaikan kerana faktor berikut:

  • “Stakeholder” sains sosial adalah penggubal polisi dan masyarakat umum, maka wahana (atau medium) komunikasi dan impak penyelidikan adalah berbeza.
  • Disiplin sains sosial lebih berfokus kepada isu tempatan dan rantauan.
  • Penerbitan lebih kepada buku dan kurang dalam penerbitan bersiri. 
  • Kadar pembangunan teori yang berbeza. 
  • Kelemahan petunjuk bibliometrik ke atas penerbitan sains sosial. 


Sepertimana disiplin sains, sains sosial di dunia turut dipengaruhi oleh tuntutan KPI (terutama pengukur bibliometrik) untuk meningkatkan daya saing institusi masing-masing. Iaitu, sejak kebelakangan ini, lebih banyak penerbitan sains sosial diterbitkan dalam “Citation Index Journal” (CIJ) di tahap global. Ini menimbulkan “paradoks ilmu” (atau “knowledge paradox”) dimana penekanan kecemerlangan dalam ilmu telah meningkatkan penerbitan dalam ilmu asas yang tidak menjawap persoalan dan keperluan masyarakat setempat.

Perbincangan di atas merumuskan dua perkara. Pertama, disiplin sains dan sains sosial adalah berbeza. Kedua, penggunaan satu petunjuk ke atas semua disiplin adalah tidak saksama kerana budaya penerbitan, ”citation” dan kaedah komunikasi yang berlainan.


(1) Definisi yang digunakan oleh OECD (Cuenin, S. (1986). International Study of the Development of Performance Indicators in Higher Education, paper presented at OECD, IMHE Project, Special Topic Workshop.
(2) William (1996) Developing an Effective Faculty Evaluation System. Center for Faculty Evaluation & Endowmnet. Idea Paper No. 33. eric.ed.gov/ERICWebPortal/recordDetail?accno=ED395536 [Diakses 10 Disember 2008]
(3) Sen K.S. (1999). What Purpose are the Bibliometric Indicators and How Should They Work
(4) Nederhof, Anton J. (2006). Bibliometric monitoring of research performance in the Social Sciences and the Humanities: A Review. Scientometrics 66(1): 81-100.

Cadangan KPI baharu oleh pihak pengurusan UPM


Kategori pegawai akademik
KPI lama
KPI baru
Profesor
2 CIJ +
1 ISI
3 ISI

Profesor Madya
1 CIJ+
I ISI
2 ISI
Pensyarah Kanan/Pensyarah
1 CIJ
1 ISI


ISI adalah jurnal yang disenaraikan oleh Thompson Reuters di dalam Science Citation Index Expanded (SCIE) dan Social Sciences Citation Index (SSCI)* manakala CIJ alah Citation Index Journal  (contoh Scopus).

Sekiranya cadangan KPI baharu ini digunapakai di FEP, maka unjuran jumlah penerbitan artikel ISI untuk seluruh FEP adalah seperti berikut:




* http://science.thomsoncenters.com/mje/

Cadangan KPI baharu oleh FEP

Di bawah adalah cadangan KPI baharu oleh FEP yang mana setiap pegawai akademik bidang sains sosial dikehendaki mencapai mata minimum setiap tahun mengikut pangkat.

Untuk mencapai mata minimum ini, pegawai akademik perlu merujuk jadual di bawah:




Sebagai contoh, jumlah mata terkumpul tahunan untuk seorang ahli akademik berpangkat Professor ’C’ yang dicadangkan ialah 40. Untuk mencapai mata ini, dia seharusnya menghasilkan satu jurnal ISI (30 mata) dan satu bab dalam buku (10 markah).
Markah yang diperolehi akan di pro-rata untuk pengiraan 20 peratus markah penerbitan SSM. 
Harap maklum bahawa semua di atas adalah cadangan sahaja dan kami mengalu-alukan segala cadangan dan penambahbaikan daripada semua pengunjung blog ini.